FamilyKu

Thursday, December 04, 2014

jumpa lagi

               ...........assalamualaikum dah lama betul tak menjenguk blogspot mat pogi.
Berbagai kisah suka dan duka bersilih ganti. Amirah farwizah dah nak masuk darjah lima, amirah farzana pulak dah nak masuk darjah 3.cepatnya masa berlalu.............
Hujung tahun 2013 mat pogi punya pennglihatan terpaksa d laser. hinggalah 2014 kesihatan mat pogi msih x stabil.penyakit miteri mula tiba...
 ujian dari Allah.............


Wednesday, May 12, 2010

Assalamualaikum.......
Udah lama mat pogi tak masuk dalam blog..... macam-macam peristiwa belaku.. paling menyedihkan pada Hari Selasa tanggal 11 Mei 2010 kembalinya ke rahmatullah Abg Ipar mat pogi iaitu Adenan Bin Mat Lazi selepas kurang lebih menderita penyakit lukimia. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengubati beliau namun apa daya kuasa tuhan melebihi segalanya dan Allah lebih mengetahui apa yang tersirat. Beliau menggal di hospital pakar Subang. Umie Amat bersedih dan anak-anak pun turut bersedih.... kami tak dapat pulang tetapi yang kami mampu berdoa semoga roh nya berada di sisi mereka yang terjamin masuk syurga.
Sebenarnya ini kali kedua berita sedih diterima... itu ari masa mat pogi balik raya tahun 2008, abang sulung iaitu Abg Nasir meninggal dunia di Hospital Sg Buluh..... entahlah dunia ni sudah hampir penghujungnya.. sesiapa jua akan merasai kematian.. kita tak tau macammane penghabisan kita nanti... Ya Allah matikanlah aku dalam keimanan dan berkatilah mereka semoga tergolong di kalangan orang beriman....

Sunday, September 23, 2007



Assalamualaikum.....

Bertemu lagi di dalam kisah kali ini... ari ni sebenarnya kami warga PKK sibuk dengan audit pematuhan daripada sirim. Masa mesyuarat tadi alhamdulillah kali JKE terselamat daripada diaudit yang akan di audit ialah JKA, JP dan JH.... but for next year pastinya akan diaudit.... selamat le kali ni.... lain tahun belum tentu... okeylah.... sempena bulan yang baik ni... mat pogi ingin menucapkan selamat menyambut bulan ramadzan dan aidil fitri..... Gambar di atas ialah ucapan buat semua keluarga di mana jua anda berada..... Akhir kata jumpa lagi .... wassalam..

Saturday, September 15, 2007


Alhamdulillah bertemu lagi kita di dalam blogspot ini. Farzana pun alhamdulillah sudah besar. Farwizah macam biasa di bulan ramadzan ini kurang sikit minum... Buat semua keluarga di mana jua anda berada kami sekeluarga memohon jutaan kemaafan atas sega kesilapan kami dan halalkan ke atas semua makan dan minum kami selama ini..... Kami sekeluarga maybe akan balik pada 5 oktber 2007 dan di jangkan sampai ke merlimau pada esoknya.... Amirah farwizah dan Amirah Farzana dan siap baju raya.. begitu jugak umie.. mat pogi punya tak siap lagi... kali ni warna di pilih adalah emas.... tapi buat mat pogi tak fikir apa-apa pun pasal sibuk memikirkan audit pematuhan sirim yang dijangka akan datang pada 24/10/2007,, abih aje audit abru lah memikirkan bagaimana nak balik kampung... berbanding ngan umie sudah pastinya menunggu ari.... amirah pun sama selalu aje cakap nak ikut balik kampung. Semalam antar sahabat umie pindah ke poli arau.... lepas tu gi klinik pasal kedua-dua anak mat pogi batuk dan selsema... lepas kepenatan balik dan buka puasa 6.19 ptg..... okey jumpa lagi lain kali bye.....

Wednesday, September 12, 2007

Ramadzan Telah Tiba..........

Alhamdulillah Bulan yang dimubarak telah tiba... tak sangka Allah telah memanjangkan usia kita untuk merasainya lagi... buat lah ibadah sebanyak yang mungkin dibulan yang barakah ini....
buat semua kelauarga dan kenalan mat pogi ucapkan semangat berpuasa dan pohon jutaan kemaafan buat semua.............. wassalam,,,,

Monday, August 20, 2007

Assalamualaikum.....

Bertemu lagi kita di dalam laman blog yang sudah terlalu lama tak update... amirah farzana pun sudah berumur 9 bulan..... rupa nya memang tak tumpah cam amirah farwizah.... alhamdulillah kesihatan mat pogi bertambah baik sekarang.. almaklumlah sudah banyak tempat berubat.... sekarang mat pogi kena pegang jawatan ketua jabatan elektrik.. rupanya susah jugak nak jaga orang ni.. almaklumlah rambut sama hitam hati alin-lain.. ade gak staf ni asyik cerita keburukan orang lain aje .... mat pogi pun pening.... di dalam meeting pengurusan lak.. pasal kita aje yang paling muda selalu aje kena buat yang ini... itu laaaa...... kalau kena marah pengarah pun.. selamba aje dia marah maklumlah orang muda....
Budak ridzuan anak abg said tak taulah mat pogi nak buat macam mana... selalu aje menipu... dia kate kat bapak dier lain dan ngan mat pogi lain... dia dah tak duduk kat rumah mat pogi lagi almaklumlah fobia pasal itu hari rumah kena pecah masuk... bilik dier tempat paling dasyat sekali penyamun tu kerjakan..... jadi dia cakap duduk asrama lagi baik... yang pelik dalam data asrama nama dier tak de... entahlah malas nak cakap nanti gaduh lak.....
Kalau takde arak melintang mat pogi dah belikan tiket nak balik kampung pada 5/10/2007 ni untuk menyambut hari raya puasa.... guna airasia.... untuk keluarga kat utara tu.. insyaAllah kami akan melawat hujung tahun ni..
sekarang sibuk sikit.... kalau orang lain boleh cuti... kami tak boleh pasal masa cuti mesyuarat akan dijalankan... masa cuti kena jaga staf gstt..... tahun ni aje mat pogi dah 3 kali balik ke KL untuk menghadiri kursus, seminar KJ dan yang terakhir interview guru GSTT......
okey rasanya setakat ni dulu jumpa lagi lain waktu assalamualaikum

Tuesday, December 19, 2006

Assalamualaikum..........
Sorry rasanya ade kot 1 bulan lebih tak jengah blogspot...... macam-macam masalah.. entahlah... mat pogi masih sakit lagi... tak kurang-kurang.. ade kawan kasi kitab manzil tapi lagi baca lagi kuat pulak sakitnya... pastinya syaitan kesakitan dan cuba menyakitkan orang lain supaya jangan baca ayat suci al-quran....... amirah farwizah dan amirah farzana alhamdulillah sihat walafiat.. walaupun amirah farwizah selalu melakukan kerja-kerja yang menyakit hati... umie ade kale sihat ada kale tak sihat..... mat pogi tengok pun kesian.... hari tu demam sampai mengigil... bawak pergi jumpa doktor baru okey.... kepada umie thanks lots.... susah kalau umie tak tolong... dengan keadaan mat pogi sekarang ni... susah nak cakap... okey jumpa esok kalau nak tau cerite menarik................ bye.......................