
Assalamulaikum...............
Alhamdulillah bersua kembali mat pogi.... ari ni sakit-sakit badan dan mula kurang.... lenguh-lenguh ade le... mengantuk sungguh sampai tertidur kat office.... maybe kesan kursus PRASA tempoh ari gamaknya... selama ni mat pogi ingat kursus ni teruk dan sebagainya tetapi sebaliknya tidak le teruk sangat.... walaubagaimanapun ade gak kekawan mat pogi tak dapat terima kursus ni... entahle rasa pelik gak... dah nama kursus pun kita tau yang kursus ni nak tengok ketahanan kita mengawal emosi kita... kekadang IQ tinggi tetapi EQ rendah..... tak guna gak... tapi pada diri mat pogi kursus pada ari tu cukup bermakna dan memberi kesan yang mendalam pada di mat pogi..... Kesan pertama jangan menilai diri seseorang melalui cerita atau khabar dari orang lain.. sebaliknya nilailah sendiri dengan mendekatinya...... cubalah menghargai kebaikan orang lain terhadap diri kita......... cuba lihat kelebihan diri dan bangga dengan diri sendiri dan cuba perbaiki kesilapan diri sekiranya ada kecacatan. Pendek katanya kursus ini berjaya untuk mendidik mat pogi bagi memantapkan diri sebagai pendidik yang berjaya.. insyaAllah.... buat kekawan yang tak boleh menerima kursus ini.... tidak semua manuasia perfect oleh itu berusahalah membaiki kesilapan diri semoga kita menjadi insan yang berguna utk agama bangsa dan negara...... teruskan kemuliaan yang ada pada diri kita dan cuba cari jalan untuk membaiki kelemahan yang ada pada diri kita... diakhirnya sifu kami mengajar kami bagaimana nak menilai diri (scanning self) iaitu yang pertama jujur pada diri sendiri, kedua minta pendapat orang yang lebih tinggi atau tuan guru, ketiga tanya kawan kita kebaikan kita dan tanya musuh kita apa keburukan dan kesilapan kita.... orang yang berjaya bukanlah mereka yang hebat dari segi IQnya tetapi mereka yang berjaya mengawal emosinya... kerana IQ adalah secara teori sahaja sebaliknya EQ adalah praktikalnya... cubalah fikir teori ke lebih penting atau amali kah lebih penting........ walaupun semua orang suka bermimpi yang indah-indah tetapi dia terpaksa menerima rialitinya yang tidak indah..... Jika mat pogi lihat talian hayat... rasanya dah tak lama... bila renung yang sudah lepas..... lebih banyak dosa dari pahala...... semoga kita di radhai oleh ALlah ... amin.... wassalam

0 Comments:
Post a Comment
<< Home